Paradise Papers
Paradise Papers

Paradise Papers

Paradise Papers adalah satu sebanyak 13.4 juta dokumen rahsia elektronik yang berhubung kait dengan pelaburan luar pantai yang didedahkan kepada sebuah suratkhabar Jerman dan disiarkan pada 5 November 2017 ke domain awam.[1] Dokumen-dokumen ini berasal daripada firma guaman luar pantai bernama Appleby, penyedia perkhidmatan korporat Estera dan Asiaciti Trust, dan pendaftar perniagaan dalam 19 buah penguasaan cukai.[2] Ia mengandungi nama-nama seramai lebih daripada 120,000 individu dan syarikat.[3] Antara yang mempunyai hubungan kewangan adalah Ratu Elizabeth II,[4] Presiden Colombia, Juan Manuel Santos, dan Setiausaha Perdagangan A.S, Wilbur Ross.[5] Berdasarkan pada Boston Consulting Group, jumlah wang yang terlibat sekitar $10 trilion.[6]